Rajagobal 'letak pisau' di leher

18 March 2013

Shah Alam: Mungkinkah nasib Datuk K Rajagobal akan sama seperti dialami bekas jurulatih negara, B Sathianathan yang pernah dipecat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan mengkritik 'Liga Malaysia bukan bola sepak' pada 2009?
Persoalan itu menjelma selepas pengendali skuad Harimau Malaya itu seakan-akan mempertikaikan keputusan badan induk membenarkan pemain import beraksi dalam Liga-M sehingga skuad bimbingannya ketandusan penyerang berbisa ketika tewas kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita." Rajagobal


Ketika pertembungan penting menentang Yaman dalam Kelayakan Piala Asia 2015 hanya berbaki tiga hari lagi Rajagobal menyuarakan betapa dia sudah 'ketiadaan penyerang' untuk mendapatkan gol untuk skuad Harimau Malaya.

Penyerang tak ada

"Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita.
"Kita kena buat sesuatu dan tahu situasi yang dihadapi sekarang. Kalau dibandingkan dengan Arab Saudi, mereka memiliki penyerang berbisa serta memiliki kemahiran yang baik.

Raja harap Wan Zack pulih segera

"Sekarang hanya Norshahrul Idlan Talaha penyerang sejati yang kita ada. Kamu boleh lihat, siapa penyerang dalam pasukan terbaik liga tempatan sekarang? Semua orang ada pendapat mereka tetapi bukan senang nak main di peringkat tinggi yang berbeza dari segi tahap dengan liga tempatan," katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Bagaimanapun, Rajagobal berpuas hati dengan beberapa pemain yang diturunkan termasuk kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

"Kita kena yakin dan saya fikir kita ada tanda positif dalam separuh masa kedua. Baru kali pertama bermain, dia (Badhri) menunjukkan prestasi baik. Walaupun hanya 45 minit, saya berpuas hati dengan persembahan Piya termasuk Norazlan.

"Saya harap, Wan Zack Haikal Wan Nor dapat kembali dan kami memang perlukannya. Saya harap dia pulih dengan cepat kerana kalau kita nak main lebih kepada menyerang, kita perlukan pemain seperti ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog