HONG KONG: Aktres terkenal Malaysia, Datuk Michelle Yeoh (gambar) gembira menerima penghormatan menerusi Anugerah Kecemerlangan Filem Asia di sini.
Pengumuman itu dibuat kelmarin dalam pesta filem Hong Kong dan majlis anugerah berlangsung semalam, yang disambut gembira oleh pelakon Crouching Tiger, Hidden Dragon dan The Lady.
Pengumuman itu dibuat kelmarin dalam pesta filem Hong Kong dan majlis anugerah berlangsung semalam, yang disambut gembira oleh pelakon Crouching Tiger, Hidden Dragon dan The Lady.
Beliau secara berseloroh menyatakan harapan bahawa tiada maksud tersembunyi di belakang penganugerahan itu.
Saya gembira menerima anugerah di Hong Kong, tempat permulaan kerjaya" Michelle Yeoh, Aktres
"Saya harap ini bukan cara mereka memberitahu saya supaya bersara," katanya.
Yeoh berkata, beliau gembira menerima anugerah itu di Hong Kong, tempat permulaan kerjayanya.
Selain itu, beliau mengakui sudah lama mendengar khabar angin bahawa filem kedua Crouching Tiger, Hidden Dragon akan diadakan.
Pada masa sama, beliau belum lagi melihat sebarang skrip atau rancangan mengenainya. Filem itu diarahkan oleh Ang Lee pada 2000 dan menang empat anugerah Academy.
Laporan terbaru mengenai filem kedua mengaitkan pembabitan aktor kung fu, Donnie Yen dan Yeoh mengakui meminati pelakon berkenaan dan menyambut baik jika mereka dapat sama menjayakannya.
Pesta filem Hong Kong bermula Ahad lalu dengan tayangan Ip Man: The Final Fight, filem terbaru mengenai watak guru kung fu, Ip Man.
Beliau juga mengakui mungkin mendirikan rumah tangga kali kedua tidak lama lagi bersama temannya ketika ini, Jean Todt
No comments:
Post a Comment