Kota Bharu: "Punca utama saya pulang kerana kontrak saya dengan Atletico SC sudah tamat dan ia berbeza dengan kepulangan Mohd Nazmi Faiz Mansor sebelum ini," kata penyerang baru Kelantan, Ahmad Fakri Saarani,.
Penjelasan itu sekali gus menafikan khabar angin yang mengatakan kepulangan Ahmad Fakri yang tidak sampai dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, adalah sama dengan Mohd Nazmi Faiz yang hanya beraksi enam bulan bersama SC Beira Mar di Portugal selepas dikaitkan dengan masalah kewangan termasuk bayaran gaji murah.

Pemain berusia 23 tahun itu turut menegaskan kepulangannya tiada kaitan dengan isu bayaran gaji rendah malah mengakui menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana pengurusan Atletico SC belum membuat keputusan untuk menyambung kontraknya bersama kelab itu.
Bukan gaji tinggi
Ahmad Fakri berkata, dia memilih The Red Warriors (TRW) bukan kerana tawaran gaji yang tinggi daripada KAFA tapi lebih kepada melihat prestasi pasukan itu yang kini menjadi antara pasukan yang digeruni dalam kancah bola sepak tempatan.
"Kepulangan saya tiada kaitan langsung dengan isu bayaran gaji rendah. Malah jika ada lagi peluang menyertai kelab luar negara selepas ini, mungkin saya akan menerima," katanya ketika ditemui pada sidang media perkenalan pemain baru bersama Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa.
Sementara itu, Annuar berkata, kehadiran Ahmad Fakri dijangka dapat mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan pasukan.
"Fakri ada banyak pengalaman membantu mengatasi ketumpulan barisan serangan dan ketika sama Bojan kini mempunyai banyak pilihan pemain," katanya.
No comments:
Post a Comment