Cekup Datuk bankrap

04 October 2012

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan berusia 69 tahun bergelar Datuk yang berhutang RM7.6 juta adalah antara 15 individu ditangkap dengan kerjasama polis kerana mengingkari perintah mahkamah untuk menyelesaikan kes kebankrapan.
Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Kelantan, Rohaiza Abd Rahman berkata, Datuk terbabit antara 285 individu di negeri ini yang diisytiharkan bankrap serta menerima waran tangkap dikeluarkan mahkamah bermula Januari hingga September lalu.
"Waran tangkap dikeluarkan mahkamah di bawah Seksyen 28 (1) (a) Akta Kebankrapan 1967 apabila individu yang diisytiharkan bankrap gagal untuk hadir bagi memberi kerjasama bagi menyelesaikan kes kebankrapan.

"Sehingga kini, 15 tangkapan sudah dibuat dengan kerjasama polis. Satu daripadanya kes berprofil tinggi membabitkan individu berstatus Datuk berusia 69 tahun dengan jumlah hutang RM7.6 juta," katanya pada sidang media di Pejabat Insolvensi Malaysia Cawangan Kelantan, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment