Bisa muka dipatuk ular

03 February 2013

Betong: Seorang lelaki warga emas terpaksa berjalan dalam kesakitan selama sejam untuk mendapatkan bantuan selepas mukanya dipatuk ular berbisa ketika mengutip buah di sebuah hutan berdekatan Kampung Penebak Tengah, di sini, kelmarin.
Selepas mengharungi detik memeritkan, mangsa berusia 78 tahun itu rebah dan terus tidak sedarkan diri sebaik tiba di rumah seorang saudaranya yang terletak berdekatan.
Menurut seorang ahli keluarga yang enggan dikenali, mangsa dikatakan berseorangan ketika masuk ke hutan berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari yang mengambil masa setengah jam dengan berjalan dari rumahnya.

"Dia sebenarnya sudah biasa dengan hutan di sini, bahkan sering masuk mencari buah dan tumbuhan untuk dimakan bersama keluarga atau dijual.
Foto
MANGSA tiba di HUS sebelum dimasukkan ke ICU, kelmarin.
Foto
KEADAAN mangsa yang cedera dipatuk ular ketika masuk hutan.

"Bagaimanapun, pada hari kejadian dia tidak menyedari terdapat seekor ular berbisa di atas dahan ketika melalui bawah sebatang pokok menyebabkan haiwan itu menyerang dan mematuknya di muka," katanya.

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog