BMI asas kajian 3 juta penduduk
London: Individu gemuk tetapi tidak semestinya obes dikatakan mampu untuk hidup lebih lama berbanding rakan mereka yang lebih kurus.
London: Individu gemuk tetapi tidak semestinya obes dikatakan mampu untuk hidup lebih lama berbanding rakan mereka yang lebih kurus.
Lelaki atau wanita yang lebih gemuk dikatakan hidup lebih lama berbanding seseorang yang mempunyai berat badan normal, lapor Daily Mail.
Memiliki BMI antara 30 hingga 34.9 yang dikatakan obes juga dilihat tidak begitu jejaskan kesihatan" - Penyelidik
Ia memetik kajian membabitkan tiga juta penduduk, yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
Kebiasaannya, kita biasanya memikirkan bahawa berat badan normal adalah petanda kepada kesihatan yang baik.
Pakar obesiti, bagaimanapun, memberi amaran bahawa penyelidikan terbabit tidak sepatutnya menunjukkan bahawa tiada kesan kesihatan negatif dalam kes membabitkan seseorang yang ada berat badan berlebihan.
91 kertas penyelidikan
Dalam kajian terbaru itu, penyelidik Kerajaan Amerika Syarikat membaca 91 kertas penyelidikan terdahulu mengenai topik berkenaan dari seluruh dunia yang membabitkan berjuta-juta wanita dan lelaki.
Mereka menganalisis mengenai persoalan indeks jisim badan (BMI) pada permulaan penyelidikan dan bagaimana seseorang itu menemui ajal.
Seseorang dikelaskan sebagai mempunyai berat badan normal jika memiliki BMI antara 18.5 hingga 24.9 dan mengalami lebihan berat badan jika bacaannya adalah antara 25 hingga 29.9.
BMI yang lebih tinggi daripada kelas yang dinyatakan disifatkan sebagai obes dan lebih besar bacaannya maka lebih besar risiko kesihatan seseorang itu.
6 peratus kurang untuk mati
Keputusan menunjukkan mereka yang dinilai sebagai mempunyai lebihan berat badan adalah enam peratus kurang untuk mati ketika penghujung tempoh kajian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal.
Memiliki BMI antara 30 hingga 34.9 yang dikatakan obes juga dilihat tidak begitu menjejaskan kesihatan.
Bagaimanapun, mereka yang memiliki BMI lebih besar berbanding apa yang dinyatakan adalah 29 peratus kurang berkemungkinan untuk dilihat hidup di akhir tempoh kajian berbanding mereka yang memiliki berat badan normal. - AGENSI
No comments:
Post a Comment