SUZUKA: Juara bertahan dunia, Sebastian Vettel muncul juara perlumbaan Grand Prix Jepun yang dilanda insiden kemalangan untuk merapatkan saingan merebut gelaran dunia kepada hanya empat mata.

Pemandu Red Bull itu memecut dari petak utama untuk mendahului dari awal sehingga tamat mengatasi pemandu Ferrari, Felipe Massa dan pemandu tuan rumah dari Sauber, Kamui Kobayashi ketiga selepas pendahulu, Fernando Alonso terbabas di selekoh pertama