Buku percuma galak membaca

05 September 2012

SYARIKAT penerbit dan pengedar buku kanak-kanak, Scholastic akan menderma 100,000 buku dalam kempen READ 2012 bagi menggalakkan budaya membaca di kalangan generasi muda di negara kita.
Pengarah Scholastic Asia, Selina Lee berkata, sebagai galakan dan penghargaan, setiap sekolah yang menyertai READ 2012 akan menerima sumbangan 50 buku cerita bahasa Inggeris.
"Kempen kali kelima ini akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada 24 Oktober depan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Sekolah lain yang berminat untuk menyertai kempen membaca secara serentak selama 2,012 saat atau 33.5 minit di sekolah masing-masing boleh mendaftar di www.readtogether.com.my sebelum 30 September ini.

No comments:

Post a Comment