Angkasa bakal tambah peruntukan urus koperasi sekolah kepada RM13 juta

05 September 2012

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bakal menambah peruntukan untuk menguruskan koperasi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia kepada RM13 juta pada tahun depan berbanding RM9 juta tahun ini.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, peruntukan sedemikian perlu bagi memperkasakan koperasi sekolah agar tidak hanya tertumpu pada penjualan alat tulis dan buku sahaja.

Menurutnya, koperasi sekolah berkemampuan menjadi platform menanam minat generasi muda negara ini untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan khususnya peruncitan.
Angkasa mempunyai pasukan khas bertujuan membimbing koperasi sekolah negara ini bagi melebarkan sayap perniagaan mereka melibatkan pelbagai perniagaan lain," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Angkasa di Wisma Angkasa, Kelana Jaya dekat sini hari ini.

No comments:

Post a Comment