KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.
Beliau berkata, BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat yang mendatangkan manfaat besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.
"Sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya
No comments:
Post a Comment