Cara ambil pembantu rumah Indonesia - Jumlah pembantu rumah turun mendadak

15 January 2013

BANGI - Jumlah pembantu rumah asing yang berada di negara ini didapati mengalami penurunan ketara kepada 104,000 orang pada masa ini, berbanding 320,000 yang digajikan pada tahun 2008.Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, daripada 19 negara sumber, Indonesia masih merupakan negara sumber pembantu rumah terbesar diikuti Filipina dan Kemboja.
 
"Sejak penarikan balik pembekuan pembantu rumah Indonesia pada 1 Disember 2011 juga, bilangan pembantu rumah Indonesia yang dibawa masuk hanya 108 berbanding kira-kira 7,000 permohonan sebulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Retreat Cadangan Konsep "Life Beyond Maids" di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Niosh) di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog