Angry Birds, Instagram, Facebook aplikasi 2012

03 January 2013

Toronto: Angry Birds, Instagram dan Facebook kekal menjadi aplikasi yang mencatatkan jumlah muat turun paling tinggi pada 2012.

Namun begitu, beberapa aplikasi baru lain turut menarik perhatian pengguna telefon pintar dan komputer tablet.
Tahun lalu, secara purata setiap pengguna menghabiskan dua jam sehari menggunakan aplikasi mudah alih, yang mana ia naik 35 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut firma penganalisis, Flurry.


Data itu dijangka terus meningkat pada tahun ini.

"2012 adalah titik transformasi mengenai kaedah penggunaan memanfaatkan perisian," kata Craig Palli, Naib Presiden Fiksu, syarikat pemasaran mudah alih.

Beliau berkata, perubahan terbesar adalah kecenderungan pengguna beralih kepada aplikasi bagi pelbagai tugasan harian.

Kategori seperti rangkaian sosial, media dan hiburan, penggubahan gambar, dan permainan, terus menarik minat pengguna, dengan Youtube dan Angry Birds menjadi aplikasi tiga paling utama, masing -masing bagi kategori percuma dan berbayar dalam App Store Apple.
Sementara itu, beberapa aplikasi dilancarkan tahun ini, menyertai kedudukan aplikasi yang paling banyak dimuat turun sepanjang tahun itu.

Permainan Draw Something bagi iPhone dan Android meraih populariti pantas selepas ia dilancarkan pada Februari, dan walaupun mencatatkan penurunan, ia masih menjadi aplikasi berbayar kedua paling dimuat turun bagi Android dan peranti Apple.

"Ia adalah satu yang besar dan pelbagai permainan cantuman membabitkan ramai pemain seperti LetterPress dan ScrambleWithFriends juga popular," kata Palli.

"Tetapi dalam banyak kategori aplikasi, ia rata-rata menerima inspirasi daripada Words With Friends yang disifatkan sebagai suatu pembaharuan." Songza, aplikasi pencarian lagu bagi iPhone, Android dan Kindle Fire, menyaksikan pertumbuhan tinggi dalam kedua-dua, Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana ia kini adalah salah satu daripada tiga aplikasi utama dalam App Store.

Paper, aplikasi buku lakaran bagi iPad, dijangka menjadi salah satu aplikasi utama yang dilancarkan tahun ini menurut Dismo, satu syarikat penganalisis aplikasi.

Tetapi revolusi sebenar, menurut Palli, adalah dikalangan pengguna yang cenderung beralih kepada aplikasi untuk tugasan harian mereka, seperti mendapatkan teksi atau hotel, mengikuti perkembangan semasa atau melakukan bayaran dengan lebih banyak.

"Ia adalah pengguna yang beralih kepada aplikasi terlebih dulu dan kaedah tradisi menjadi perkara kedua," kata Palli. - Reuters

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog