Jangkitan virus korona terkawal

02 October 2012

Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdullah Abdul Aziz Ar-Rabeeah, berkata virus korona yang dikesan di negara itu adalah terkawal dan tidak membahayakan jemaah haji yang berada di Tanah Suci.

Hingga ini, hanya dua orang maut termasuk seorang warga Arab Saudi kerana virus itu tetapi pihak berkuasa negara itu mengesahkan tiada seorang pun daripada jemaah yang tiba di negara itu dijangkiti sebarang virus atau penyakit.
Jangkitan virus korona menyebabkan sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) yang menjejaskan sistem pernafasan dan boleh membawa maut.

Dr Abdullah yang dipetik oleh Emirates News Agency pada Isnin berkata, jangkitan virus korona yang mencatatkan dua kes baru-baru ini masih terkawal dan tidak perlu dibimbangkan.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya juga memantau keadaan semasa jemaah dan mengambil langkah pencegahan di setiap pintu masuk udara, laut dan darat.

Dr Abdullah menjelaskan bahawa Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyediakan kemudahan perubatan kepada jemaah haji setiap tahun selain menggunakan segala sumber yang ada dalam proses pencegahan penyakit berjangkit.

No comments:

Post a Comment