Volkswagens yakin capai sasaran kuasai 10 peratus bahagian pasaran kereta penumpang

08 September 2012

KUALA LUMPUR - Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd yakin dapat mencapai sasaran jangka panjang menguasai 10 peratus bahagian pasaran kereta penumpang di Malaysia, kata Ketua Volkswagen AG bagi Operasi Komersil China dan Asean, Weiming Soh.
   
Beliau berkata syarikat itu mencatatkan pertumbuhan jualan kereta di Malaysia sejak transformasi modul perniagaan pengeluar kereta itu di sini sejak 2006.
   
Ketika ini, Volkswagen Malaysia menguasai lebih dua peratus daripada pasaran kereta penumpang tempatan tahunan.
   
"Kami masih jauh lagi untuk mencapai sasaran itu tetapi saya amat yakin Volkswagen Malaysia di bawah pengurusan yang baik, mampu mencapai sasaran itu.
   
"Kami juga berkembang dalam semua bahagian untuk mencapai sasaran kami. Sebagai contoh, kami akan mengembangkan rangkaian pengedaran kami daripada 20 kepada 50 wakil pengedar," kata Soh kepada pemberita selepas melancarkan Volkswagen Beetle baharu semalam.
   
Beliau berkata pelan pengembangan pengeluar kereta itu di Malaysia bakal mewujudkan kira-kira 5,000 hingga 6,000 peluang pekerjaan baharu.
   
Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Ricky Tay berkata pengeluar kereta itu sedang menimbang untuk memperkenalkan kenderaan Volkswagen Hybrid di Malaysia, memandangkan faedah cukai dan penekanan yang diberikan oleh kerajaan bagi kenderaan cekap tenaga.
   
"Kajian semula Dasar Automotif Negara memberikan penekanan utama kepada kenderaan hibrid, elektrik dan kenderaan cekap tenaga. Itu adalah alasan utama bagi kami untuk menimbang membawa masuk kenderaan hibrid kami.
   
"Walaupun sesetengah kereta kami yang dipasarkan di Malaysia ketika ini dianggap sebagai kenderaan cekap tenaga di bawah dasar yang dikaji semula itu, saya masih merasakan terdapat ruang bagi Volkswagen dalam pasaran hibrid tempatan," katanya.
   
Beetle baharu itu, yang dilancarkan bersempena dengan Volkswagen Das Auto Show 2012, didatangkan dengan versi 1.2 liter dan 2.0 liter.
   
Beetle 1.2 liter tampil dengan lima warna dan harga di atas jalan (tidak termasuk insurans) ialah RM139,888, manakala harga kereta kapasiti enjin berkuasa lebih tinggi masih belum ditentukan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog