DAFTAR nama anda segera untuk acara kayuhan jambori Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) dan anda berpeluang memandu pulang sebuah Proton Satria Neo!
Kereta yang juga antara model popular keluaran Proton itu adalah hadiah utama bagi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM100,000.
Jambori Tradewinds adalah pembuka tirai LIMBC dan berlangsung di Taman Lagenda, Kuah, Langkawi, pada 14 Oktober.

"Cabutan bertuah jambori Tradewinds LIMBC 2012 menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan! Saya percaya tiada penganjur menyediakan sebuah kereta sebagai hadiah utama," kata penganjur yang juga ketua eksekutif Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Malik Mydin.
Dengan hanya RM60, peserta jambori Tradewinds juga berpeluang membawa pulang barangan dan gajet serta peranti mudah alih seperti iPad, komputer peribadi tablet dan telefon pintar Blackberry selain jam tangan Tissot dan peralatan basikal.
"Peserta jambori Tradewinds akan menikmati kayuhan sejauh 40km dan berpeluang bersaing di sisi nama-nama besar selain dijanjikan beg cenderahati serta pingat bagi mereka yang menamatkan perlumbaan." Jambori itu terhad kepada 1,000 pelumba dan dianggap pembuka tirai kepada edisi ketiga LIMBC pada 15-20 Oktober ini.

Layari www.mtbmalaysia.com atau emel info@mtbmalaysia.com untuk maklumat lanjut. Penganjur boleh hubungi +603-9222 0786 atau faksimili +603-9222 1786
No comments:
Post a Comment