Memperingati tragedi al-Aqsa

06 September 2012

PENYOKONG Hamas mengibarkan bendera negara Palestin dan kain rentang bergambar masjid al-Aqsa pada perhimpunan aman yang diadakan di Bandar Gaza, baru-baru ini.
 
Perhimpunan tersebut diadakan bersempena memperingati 43 tahun kejadian pembakaran tempat ketiga mulia bagi umat Islam itu iaitu Masjid al-Aqsa.
Masjid al-Aqsa merupakan salah satu daripada tempat suci yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam dan ia kini di bawah pemerhatian tentera Yahudi. - REUTERS

No comments:

Post a Comment