MODEL pertama CX-5 didedahkan pada Frankfurt Motor Show 2011. CX-5 2013 mula berada di pasaran tempatan sekitar pertengahan tahun ini.
Ketibaan CX-5 di pasaran mendapat sambutan hangat di mana di Jepun sahaja sebanyak 24,000 unit tempahan diterima sebelum jualan model itu bermula lagi.
Begitu juga di Rusia, SUV (kenderaan utiliti sukan) kompak itu mendapat sambutan memberangsangkan. Sambutan yang menggalakkan itu mendorong Mazda untuk menilai semula sasaran jualan globalnya dari 160,000 unit kepada 190,000 unit bagi 2012.
CX-5 adalah model pertama menggunakan filosofi rekaan Kodo yang ditayangkan di kereta konsep Shinari. Shido dijelaskan sebagai 'soul of emotion', diambil daripada pengaruh Nagare yang digunakan pada model lain 10 tahun lalu.
Ketua bahagian reka bentuk, Ikuo Maeda adalah orang yang bertanggungjawab mencipta filosofi rekaan baru itu. Bahkan CX-5 turut menjadi jentera pertama menggunakan teknologi terbaru Mazda yang dinamakan Skyactiv.
Sentuhan teknologi Skyactiv dilakukan pada bahagian struktur badan, casis, transmisi dan enjin.
Petunjuk pertama yang menjadikan CX-5 begitu berbeza dengan pesaingnya adalah bentuk luaran yang lebih segar dan moden. Dari segi rekaan adalah berdasarkan Mazda Minagi.
Sentuhan Kodo lebih memberikan cita rasa soul of emotion dan lebih bergaya yang akan membezakan ia dengan jentera lain. Sebaik masuk ke kabin, rona hitam lebih menguasai dalaman CX-5.
Penggunaan bahan plastik berkualiti tinggi diketengahkan dalam permukaan yang berbutir dan bertekstur.
Bahagian kabin Mazda CX-5 tidaklah begitu mewah tetapi ia mempunyai kelasnya tersendiri. Susunan yang begitu ringkas dan mudah untuk capaian.
Ruang kepala bagi pemandu di hadapan juga cukup luas, walaupun anda bersaiz besar ia tetap memberi keselesaan sebagai pemandu. Ruang kaki dan kepala bagi penumpang belakang juga cukup selesa dan kerusinya juga tinggi yang tidak akan membuatkan anda tenggelam.
Cuma seorang rakan yang duduk di bahagian belakang kurang selesa kerana fabrik kerusi kurang mencengkam dan setiap kali saya membrek sedikit keras dia akan menggeluncur ke hadapan.
Selain itu, CX-5 turut menyediakan ruang kargo besar yang cukup mengisi barangan seisi keluarga.
Walaupun ruang waktu yang terhad, saya cuba juga mencuri masa untuk memandu CX-5 menaiki Genting Highlands. Jujur dikatakan di sini, CX-5 tidak memandu seperti mana-mana SUV kompak yang sedia ada. Ia lebih bernyawa dan wataknya juga lebih kepada jentera sport kecil.
Laluan ke puncak Genting Highlands lebih berliku dan saya cukup berpuas hati dengan kawalan stereng CX-5 yang cepat walaupun terasa sedikit berat. Pergerakan badan juga begitu stabil dan teguh.
Untuk berlaku adil, Mazda telah melakukan satu kerja terpuji mengekstrak prestasi yang baik dari enjin kecil, beraspirasi semula jadi dan ia menjalankan tugas dengan baik ketika menaiki bukit walaupun sesekali enjin sedikit mengaum ketika pendikit ditekan keras ke lantai.
Walaupun di atas kertas kuasa tertulis 155hp dengan enjin 2.0 liter, ia kelihatan sedikit kecil, tetapi di atas jalan CX-5 membuktikan prestasi yang responsif walau dalam apa jua keadaannya.
Suspensinya juga tidak begitu keras, lembut dan menyerap apa jua keadaan jalan dengan baik.
Pengendalian juga begitu sporty. Tolakkan tombol gear ke kanan untuk pemanduan manual. Saya mendapati enjin lebih respons, berkuasa dan seperti yang dijanjikan tork diberikan datang dari nisbah terus ketika pendikit ditekan yang menyediakan kuasa pertengahan yang sempurna.
Terdapat beberapa SUV kompak yang benar-benar baik di pasaran. Selepas mendapat peluang memandunya, saya berfikir Mazda CX-5 boleh ditambah ke dalam senarai itu. Ia dirasakan lebih sporty daripada pesaing-pesaing utamanya, dengan sedikit penalti dari segi kualiti pemanduan atau praktikal keseluruhan.
Spesi kasi Mazda CX-5
Enjin: 2.0L 4 silinder (2WD)
Sesaran: 1998cc
Kuasa maksimum: 155hp@6000rpm
Tork maksimum: 200Nm@4,400rpm
Tangki penuh: 56 liter
Transmisi: SKYACTIV-DRIVE 6-kelajuan Activematic
Harga: RM157,000 (bersama insurans)

No comments:
Post a Comment