Kilang keluarkan iPhone di China dibuka semula

25 September 2012

BEIJING: Sebuah kilang milik Foxconn yang menghasilkan iPhone 5 di utara China dibuka semula hari ini, sehari selepas ditutup susulan pergaduhan yang tercetus antara pekerja hingga memaksa 5,000 anggota polis dikerahkan untuk meleraikan keadaan.

Foxconn adalah pembuat komponen komputer terbesar dunia yang memasang produk untuk syarikat Apple, Sony dan Nokia dan mempunyai satu juta pekerja di China.
"Seramai 40 lelaki dari Taiyuan, wilayah Shanxi cedera selepas pertengkaran peribadi antara beberapa pekerja lain di asrama yang boleh memuatkan seramai 2,000 orang," menurut anak syarikat Foxconn di Taiwan, Hon Hai dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, pengurus yang mahu dikenali sebagai Yang hari ini menyatakan bahawa kilang Foxconn di Taiyuan itu sudah dibuka dan produk yang akan dikeluarkan adalah termasuk telefon pintar terbaru Apple. - AFP

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog