Ford Fiesta Facelift Dengan Enjin 1.0 Liter EcoBoost

07 September 2012

Bertempat di Amsterdam baru-baru ini, Ford mengumumkan versi 'facelift' terbaru Ford Fiesta dengan enjin 1.0 liter EcoBoost yang diiktiraf mempunyai tahap ekonomi antara yang terbaik setakat ini.
Jika dilihat dari segi reka bentuknya pula, bahagian depan Fiesta ini dilengkapi jeriji depan 'trapezoidal', diapit oleh kedua-dua lampu utama dengan ciri DRL (daytime running lamps) yang menggunakan teknologi LED, dan rekaan bonet depan 'power-dome'.
Fiesta ini juga dilengkapi sistem 'Ford SYNC in-car connectivity' di mana membolehkan pemiliknya untuk mengaktifkan panggilan telefon dan membuat pilihan muzik dari peranti yang dihubungkan melalui Bluetooth atau USB.

2013-fiesta-facelift-01
 
2013-fiesta-facelift-02
Fiesta terbaru ini juga menampilkan teknologi MyKey – satu sistem yang membolehkan pemiliknya untuk melaras semula tahap kelajuan maksimum dan had kelantangan bunyi audio. Ia juga akan mematikan bunyi audio sebelum pemakaian tali pinggang, dan memastikan ciri-ciri bantuan pemandu, sistem keselamatan dan pelbagai isyarat perlu lain tidak boleh dinyahaktifkan apabila digunakan.
Ford bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai harganya. Butiran terperinci model ini akan didedahkan semasa di Paris Motor Show 2012 nanti.
2013-fiesta-facelift-03
 
2013-fiesta-facelift-04
 
2013-fiesta-facelift-05
Sumber – Arena Kereta

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog