NEW YORK 18 Sept. - Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple Inc., telah menerima lebih dua juta tempahan untuk siri telefon pintar terbarunya, iPhone 5 dalam tempoh 24 jam.
``Pesanan awal iPhone 5 telah memecahkan rekod yang dipegang iPhone 4S yang mana reaksi pelanggan terhadap produk terbaru keluaran Apple ini sungguh luar biasa, kata Naib Presiden Kanan Pemasaran Apple seluruh dunia, Philip Schiller, semalam.
Apple melancarkan iPhone 5 Rabu lalu dan membuka tempahan awal telefon pintar itu pada Jumaat dengan AS dan beberapa negara akan mula memperolehi gajet itu bermula 21 September ini. - AFP
No comments:
Post a Comment