52 pelajar ikuti Bengkel Fotografi Alam

17 September 2012

PADANG BESAR 16 Sept. - Sebanyak 52 pelajar dari lebih 20 sekolah di Perlis menyertai Bengkel Fotografi Alam anjuran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer petang semalam.
 
Majlis penutup bengkel itu dilakukan oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod dan juga menyampaikan sijil kepada semua peserta.
Bengkel tersebut bertujuan memupuk minat terhadap bidang fotografi alam serta meningkatkan penghayatan alam semulajadi generasi muda.
Dua jurugambar FRIM iaitu Asmar Hassan dan Yusni Idris mengendalikan bengkel percuma itu.
 
Dalam bengkel itu, pelajar didedahkan dengan teknik mempelajari fungsi kamera, teknik fotografi, kaedah betul mengambil gambar dan juga petua menarik mengenai fotografi alam.
Peserta juga digalakkan menyertai pertandingan Fotografi FRIM 2012 bertemakan 'Uniknya FRIM' yang bermula pada 1 September sehingga akhir bulan ini.

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog

Popular