1,138 calon guru ikuti KPLSPM Jun

06 September 2012

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Seramai 1,138 calon guru ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 314 calon guru merupakan Melayu atau bumiputera, 542 (Cina), 270 (India) dan 12 (lain-lain).
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran dalam kenyataan hari ini berkata, setiap calon yang ditawarkan telah pun mendaftar di Institut Pendidikan Guru pada 25 Jun lalu.
 
Unjuran pengambilan guru bagi program tersebut berdasarkan keperluan yang dikeluarkan secara rasmi oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) bagi memenuhi 1,190 guru di sekolah rendah pada 2018.
Seramai 390 calon guru diperlukan di sekolah kebangsaan, 510 (sekolah jenis kebangsaan Cina) dan 290 (sekolah jenis kebangsaan Tamil).

No comments:

Post a Comment