Titah Yang DiPertuan Agong - Perhimpunan 9 Julai Haram.

03 July 2011

KUALA LUMPUR 3 Jun - Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan mengenai perhimpunan Bersih anjuran BERSIH pada 9 Julai 2011.

Berikut adalah Titah Khas tersebut:-

Beta sedang mengikuti dengan teliti perkembangan cadangan kumpulan BERSIH untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang DiPertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta cukup yakin dengan kepimpinan negara dibawah Yang Amat Berhormat  Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi ini tidak membawa kepada kemusnahan negara.

Kita tidak boleh terikut-ikut dengan dengan amalan-amalan negara luarsecara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan adalah asas penting bagi sesebuah negara perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang DiPertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada didalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamaddun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan sperti pepatah Melayu "Yang Dikejat Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

 


No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog