Saman bekas tunangnya RM320 ribu kerana telah membatalkan perkahwinan

10 July 2011

Perkahwinan merupakan satu perkara yang dituntut oleh Islam.Perkahwinan ini mempunyai banyak hikmahnya kepada pasangan lelaki dan perempuan.Perkahwinan ini juga boleh menjauhkan seseorang daripada perbuatan zina.Perkahwinan yang dirancangan rapi diawalnya berakhir dengan kedukaan apabila salah seorang memutuskan pertunangan ketika majlis perkahwinan kian hampir.
 
Apa perasaan anda semua sekiranya perkara ini berlaku?Semestinya sedih.Sebelum meneruskan artikel ini,saya nak tuju lagu sikit boleh?
Syahdu,itulah lagu yang paling sesuai didengarkan sekiranya perkara ini berlaku.Betul tak?
 
Dalam akhbar pagi ini telah ceritakan mengenai " Seorang lelaki telah saman bekas tunangnya RM320 ribu kerana telah membatalkan perkahwinan mereka di saat-saat akhir".Bagi pendapat anda,adakah perempuan berkenaan patut disaman?Atau lelaki berkenaan patut menerimanya sebagai suratan takdir @ ???.Apa pendapat anda semua?
 
Bagi saya itu adalah tindakan yang wajar kerana telah memalukan keluarga bekas tunangnya.Barangan kahwin sudah dibeli,kad kahwin sudah dibeli,lembu sudah dibeli,semua sudah siap tetapi diakhirnya putus tunang.Memang tak boleh diterima kan?tambah lagi jika alasan putus tunang adalah disebabkan bekas tunang itu jumpa semula dengan ex bf dia dulu.Jika saya,bukan RM 320 ribu..mahu setengah juta @ pun 1 juta.Saman malu…
 
Langsung tak bersyukur…
Apa pendapat korang mengenai perkara ini?adakah perempuan berkenaan patut disaman?Atau lelaki berkenaan patut menerimanya sebagai suratan takdir

No comments:

Post a Comment

 

Baru@Bukit Raja

Search This Blog