Hacker telah menggodam akaun FoxNews.com Twitter semalam dan menghantar mesej palsu mengatakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah ditembak mati menurut siasatan yang dijalankan oleh pasukan Secret Service.
"Para penggodam (hacker) telah menghantar mesej berbaur hasutan dan palsu menyatakan Presiden Obama telah ditembak mati," menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh FoxNews. Kejadian ini telah menimbulkan ketegangan dan panik mengenai keselamatan alam siber berprofil tinggi berpengkalan di sini.
"Mesej twitter tersebut sememangnya palsu kerana Presiden Obama sedang bercuti bersama ahli keluarganya pada hari cuti 4 Julai, di White House,".
FoxNews yang dikuasai oleh Rupert Murdoch's News Corp, dalam satu kenyataan berkata siasatan sedang dilakukan berkenaan insiden menggodam akaun twitter media tersebut.
Dalam pada masa yang sama, White House enggan mengeluarkan sebarang komen. Pasukan Secret Service yang bertanggungjawab melindungi Presiden Obama turut menjalankan siasatan untuk mengenalpasti penggodam berita palsu yang tersebar.
Cam tu lah kalau ilmu di salahgunakan.
No comments:
Post a Comment