Tertunggu jugak episod akhir Mantera Anjasmoro. Nak tahu jugak macam mana kekalahan Kak Ramona di tangan Ustaz Kalam. Tapi ending drama ini memang sangat-sangat tak best kerana syaitan yang menang. Apa motif ending sebegini rupa?
Mana boleh ending yang menunjukkan bahawa Ustaz Kalam pun seolah-olah tak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan kejahatan Kak Ramona (syaitan). Ini nampak sangat sesat lagi menyesatkan. Harap pihak TV3 lebih prihatin dengan isu sebegini. Jangan sekadar tangkap muat untuk buat ending sehingga mengelirukan orang ramai.
Kepada penulis skrip, pengarah dan penerbit drama Anjasmoro, saya harapkan korang lebih prihatin apabila membuat cerita yang berkaitan dengan Islam. Walau apa pun, cite ni memang best utk di layan. Tahniah!
No comments:
Post a Comment